Kami, pengusaha stesen minyak yang menandatangani rayuan ini, dengan rendah diri memohon agar kerajaan meluluskan kenaikan kadar komisen pengusaha secara adil dan segera, sebelum pelaksanaan penuh Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) di seluruh negara.
Deregulasi Akan Menjejaskan Kelangsungan Pengusaha - Pelaksanaan SKPS akan mengubah landskap harga bahan api secara ketara. Tanpa semakan semula struktur komisen, ramai pengusaha akan menghadapi tekanan kewangan yang serius.
Margin Terhakis Akibat Kenaikan Kos Operasi - Kos operasi meningkat mendadak akibat kenaikan gaji minimum, tarif utiliti, fi MDR serta kehilangan bahan api (evaporasi) yang meningkat apabila harga pam naik. Namun kadar komisen masih kekal pada tahap 2019.
60% Stesen Kategori PKS Berisiko Tinggi - Sekiranya struktur margin semasa dikekalkan di bawah SKPS, sekurang-kurangnya 60% stesen minyak dalam kategori PKS (iaitu stesen jualan rendah dan sederhana) dijangka sukar untuk terus beroperasi — terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
Gangguan Industri Semakin Ketara - Pertumbuhan kenderaan elektrik (EV) dan peningkatan kecekapan bahan api terus menekan permintaan petrol jangka panjang. Pengusaha kini berdepan perubahan struktur tanpa sokongan dasar yang mencukupi.
Kami dengan penuh hormat merayu kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk:
Meluluskan kenaikan komisen yang adil dan segera sebelum pelaksanaan SKPS
Memastikan semakan komisen setiap 3 tahun dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kos operasi sebenar
Menjamin kelangsungan dan daya saing pengusaha PKS dalam landskap tenaga yang semakin berubah
Rayuan ini dikemukakan dengan semangat kerjasama membina, dan kami menyeru agar YAB Dato’ Seri memimpin dengan empati dan pandangan jauh demi menjamin kelestarian pengusaha stesen minyak yang terus berkhidmat kepada rakyat di seluruh negara.
_______________________________________________
We, the undersigned petrol station dealers, respectfully submit this appeal for the government to approve an immediate and fair increase in dealer commission rates before the nationwide rollout of the Skim Kawalan Petrol Subsidi (SKPS).
Impending Deregulation Risks Dealer Survival - The SKPS will significantly alter fuel pricing dynamics. Without a revised commission structure, many dealers will face serious financial pressure.
Margins Eroded by Rising Costs - Operating costs have risen sharply due to inflation, minimum wage hikes, utility tariffs, MDR fees, and evaporation losses linked to higher pump prices. Yet, dealer commissions have remained unchanged since 2019.
60% of SME Stations at Risk - If current margins persist under SKPS, at least 60% of SME petrol stations (typically low- to medium-volume) will find it nearly impossible to sustain operations — particularly in rural and suburban areas.
Industry Disruption Is Accelerating - The rise of EVs and improved fuel efficiency continue to suppress long-term petrol demand. Dealers are facing structural shifts without adequate policy cushioning.
We respectfully urge the Ministry of Finance and Ministry of Domestic Trade (KPDN) to:
Approve a fair and immediate increase in dealer commission before SKPS begins
Ensure the existing 3-yearly commission review is based on transparent cost indices and actual operating conditions
Safeguard the viability and continuity of SME dealers in Malaysia’s changing energy landscape
We submit this appeal in the spirit of constructive partnership, and urge YAB Dato’ Seri to lead with empathy and foresight in ensuring the sustainability of petrol station dealers who serve the rakyat across the country.