Post date: Mar 19, 2017 4:34:29 AM
7hb Mac: Maklumat Terkini,
YB Menteri KPDNKK telah memberi jaminan bahawa sebarang perang harga hanya akan melibatkan margin syarikat minyak. Ini telah memberi sedikit comfort level kepada kami, namun pihak PDAM masih tidak dapat kepastian selagi perbincangan yang lebih ketara dan teliti bersama pihak syarikat minyak dan KPDNKK, di buat terhadap mekanisma yang akan di pergunakan.
6hb Mac 2017:
Salam semua RN,
Kebelakangan ini ada pelbagai kenyataan yang menimbulkan kekeliruan mengenai pendirian PDAM & PESAMP mengenai isu penetapan harga mingguan mahupun penetapan harga siling.
Sebagai contoh Berita TV3 ada menyebut bahawa pendirian PDAM menyokong perubahan harga pam secara mingguan. Manakala berita daripada laman web motokar popular iaitu PaulTan pula menyatakan sebaliknya. Berita NTv7 yang mengadakan sessi dialog juga telah terang-terang menyatakan pendirian PDAM bahawa apa juga mekanisma yang di tetapkan, PDAM meminta bahawa penukaran harga adalah dalam kuantum yang kecil.
Di sini ingin di nyatakan sekali lagi bahawa pendirian PDAM adalah sama sejak permulaan mekanisma penukaran harga bulanan bermula pada Disember 2014.
PDAM telah mencadangkan bahawa mekanisma yang di tetapkan oleh kerajaan memastikan supaya perubahan harga tidak melebihi 5 sen setiap kali dan TIDAK pernah mencadangkan perlaksanaan Harga Siling mahupun perubahan harga mingguan. Disertakan salinan Powerpoint slide yang PDAM persembahkan kepada pihak Kerajaan sebagai rujukan.
Mengenai isu harga siling, kami masih tidak mendapat gambaran jelas daripada pihak kerajaan dari segi mekanisma penetapan harga pam samada di buat oleh Syarikat Minyak atau pengusaha atau kedua-duanya sekali, dan kami masih lagi dalam perbincangan dengan pihak kerajaan. Cuma pendirian asal PDAM adalah tidak bersetuju dengan perang harga di kalangan pengusaha oleh sebab perkara-perkara berikut: