Kaji Selidik: Larangan Penjualan Rokok di Premis Stesen Minyak Malaysia

Pada Perhimpunan Tahunan Delegasi (Annual Delegates Conference) PDAM yang telah di adakan pada 7hb Nov 2023, satu resolusi telah di usulkan seperti berikut:

"Adalah diputuskan bahawa PENJUALAN SEMUA JENIS ROKOK ADALAH DILARANG DI SEMUA PREMIS STESEN MINYAK SELURUH MALAYSIA. Ketetapan ini selaras dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga kerana penjualan rokok tidak lagi menguntungkan di sebabkan kenaikan harga jualan dan struktur royalti oleh syarikat minyak yang menghakis margin kita"

Delegasi yang hadir telah bersetuju dengan resolusi di atas dengan keputusan majoriti mudah. Tetapi delegasi juga telah memutuskan untuk mendapatkan satu resolusi daripada pengusaha Stesen minyak seluruh Malaysia. Tindakan seterusnya ialah untuk mendapat kataputus terakhir daripada syarikat rokok dan syarikat minyak berkenaan resolusi kami. 

Oleh itu diminta pengusaha-pengusaha stesen minyak seluruh Malaysia untuk mengisi pautan berikut. Tarikh akhir untuk mengisi adalah pada hari Ahad, 7hb January 2024 jam 12 tengahari.

Perhubungan PDAM