Petisyen Bantahan Harga Siling dan Kesan Harga Runcit Petrol dan Diesel (Telah di tutup)

Kami pengusaha-pengusaha stesyen minyak yang menandatangani dibawah mendesak Kerajaan menghentikan hasrat melaksanakan harga siling runcit petrol dan diesel. Ianya adalah disebabkan oleh perkara-perkara seperti berikut:

  1. Ia akan mengakibatkan harga di pam tidak seragam dan boleh menjurus kepada kegiatan atau aktiviti perniagaan yang tidak sihat.
  2. Harga siling akan memberi kesan kepada Perang Harga dan melibatkan diskaun melalui margin. Apabila margin susut bermakna tiada keuntungan. Sehubungan dengan itu ramai pengusaha gulung tikar dan tiada lagi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan untuk anak-anak tempatan.
  3. Sebarang penetapan harga pam (Price Fixing) samada bersamaan dengan harga siling ataupun hasil perbincangan bersama oleh Syarikat Minyak mahupun Pengusaha sendiri akan melanggar Akta Persaingan 2010. Ini akan memaksa perang harga berlaku.
  4. Perang Harga mendatangkan kesan negatif dan pengguna hanya menikmati harga murah dalam jangkamasa pendek dan pengusaha pulak gulung tikar. Bila ramai pengusaha gulung tikar semua stesen diambil alih oleh syarikat besar.
  5. Pengguna di kawasan luar bandar akan dibebankan dengan harga pam yang tinggi kerana kekurangan persaingan.
  6. Ketika itu harga akan naik dan tiada lagi persaingan sepertimana yang berlaku di negara -negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Filipina.

Oleh yang demikian KAMI menolak dan membantah sekeras-kerasnya perlaksanaan Harga Siling yang akan mengakibatkan lebih 3500 pengusaha stesen hilang punca pendapatan.

Sebaliknya kami mencadangkan:

  1. Penentuan Harga Pam melalui Kaedah Pengapungan Terurus di teruskan di mana harga pam di tetapkan oleh pihak kerajaan
  2. Kenaikan komisyen pengusaha di percepatkan pada kadar 15 sen untuk semua produk.
  3. Perlindungan kepada komisyen pengusaha:
    • Berkuatkuasa segera kuasa pesanan bahan petroleum diberi kepada pengusaha
    • Seterusnya dalam jangkamasa terdekat penukaran model perniagaan runcit petroleum kepada "Consignment"
    • Sistem layan diri sepenuhnya dilaksanakan
    • Pengawalan tahap Operating License Fee (OLF) iaitu Fi yang syarikat minyak ambil daripada komisyen pengusaha yang di tetapkan oleh kerajaan. Untuk pengetahuan YBhg Datuk Seri, tahap OLF bagi syarikat Petron amat tinggi, iaitu antara 1.1 ke 4.1 sen seliter (Terhad kepada beberapa stesen tertentu dan bersebab). Syarikat Shell pula telah memperkenalkan perjanjian baru yang dulunya tahap OLF antara 0.35 sen sehingga 2.53 sen seliter, kini di naikkan ke 0.4 sen sehingga 3.34 sen seliter berkuatkuasa 1 April 2017, bergantung kepada tahap jualan. Ini tidak termasuk kenaikan tahap royalty kepada penjualan barangan kedai.
  4. Memastikan caj kad kredit dikurangkan kerana ianya membebankan pengusaha apabila ada kenaikan harga di pam.

Petisyen ini sudah di tutup.... Harap Maklum